Looking For Anything Specific?

Header Ads

Himpunan Resepi Masakan Berasaskan Ayam

Himpunan Resepi Masakan Berasaskan Ayam  | Sejak akhir-akhir ini, saya suka mencari resepi-resepi untuk memudahkan saya membuat jadual menu dan memasak. 

Saya juga seorang yang amat gemarkan lauk ayam. Jadi saya nak buat satu artikel koleksi resepi masakan ayam dalam blog ini. Mudah untuk saya dan anda juga rujuk kalau tak ada idea nak masak lauk ayam apa.

Resepi Masakan Ayam

Himpunan Resepi Masakan Berasaskan Ayam 

Kalau nak beli buku resepi ayam, saya sesungguhnya tak mempunyai cukup ruang dalam rumah untuk simpan buku resepi. Jadi, saya simpan semua resepi di blog ini sahaja sebagai rujukan.

Jadi, jom tengok resepi lauk ayam apa yang sedap untuk dimasak sekejap nanti.


Resepi Ayam Masak Merah
Kredit gambar: CheNom

1. Ayam Masak Merah

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam, potong kepada bahagian yang anda suka
serbuk kunyit
sedikit garam
1 tangkai daun kari
1/2 mangkuk air asam jawa
3-4 sudu besar sos cili
1 biji bawang besar, potong bulat
Anggaran 1 keping gula melaka
2 sudu besar sos tiram

Bahan untuk kisar halus:
2 biji bawang besar
2 inci halia
6-8 biji bawang merah
8-10 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris nipis
15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus

Cara-cara:
  1. Bersihkan ayam dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yang sama, tumis daun kari kemudian diikuti bahan kisar halus bersama sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa kemudian diikuti ayam goreng tadi.
  4. Masukkan sos sili, sos tiram dan gula melaka. Masukkan gula melaka sedikit demi sedikit dan cuba rasa manisnya mengikut selera anda. Tambah sedikit air jika kuah sambal terlalu kering. Teruskan masak selama 5-10 minit. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  5. Sebelum angkat, masukkan bawang besar yang dipototong bulat. Kacau seketika.



Resepi Ayam Masak Tomato
Kredit gambar: CheNom

2. Ayam Masak Tomato

Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam, dipotong sedehana kecil
1 tin kecil kacang pis
1/2 biji bawang besar, hiris
1 senduk minyak masak
1 sudu besar sos tiram
1 batang serai, dititik

Bahan untuk dikisar:
1 biji tomato saiz besar
10-15 biji cili kering, buang biji dan rebus
2 cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar

Cara-cara:
  1. Goreng ayam 3/4 masak
  2. Cincang kasar bahan untuk dikisar, dan kisar menggunakan blender hingga halus
  3. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga kekuningan.
  4. Masukkan bahan kisar tadi dan masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam, sos tiram, serai dan akhir sekali kacang pis. Perasakan dengan garam dan gula ikut rasa.



Resepi Ayam Masak Kicap
Kredit gambar: Nyonya Cooking

3. Ayam Masak Kicap

Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam
garam
kunyit
1 mangkuk minyak
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos romato
2 sudu besar sos tiram
kicap manis
cili merah
sedikit air
2 sudu besar air asam jawa
bawang besar, hiris bulat

Bahan tumbuk halus:
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 inci halia

Cara-cara:
  1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi cukup sekadar untuk tumisan. Masukkan bahan tumbuk halus dan kacau sehingga kekuningan.
  4. Masukkan cili kisar, sos tiram, sos tomato, dan ayam tadi. Kacau seketikan.
  5. Masukkan pula kicap, agak-agak sahaja supaya cukup kuahnya, kemudian masukkan cili merah dan sedikit air.
  6. Tutup dan biarkan ayam masak, masukkan tomato dan bawang besar. Kacau sekejap sahaja anggaran bawang sedikit layu dan padamkan api.
  7. Angkat dan hidang bersama taburan cili dan daun bawang.



Resepi Ayam Masak Paprik

4. Ayam Masak Paprik

Bahan-bahan:
4 ketul ayam - dihiris kecil
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
1 biji cili merah - dihiris serong
11 biji cili api - dipecah-pecahkan aje
2 helai daun limau purut - disiat-siat
bunga kobis - dihiris kecil
2 biji putik jagung - dihiris serong
1/2 biji karot - dihiris serong
2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
garam
1 cawan air

Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
  5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
  8. Tutup api dan hidangkan.



Resipi Ayam Masam Manis

5. Ayam Masam Manis

Bahan-bahan:
250 gm Ayam (dipotong dadu)
3 sb Tepung Jagung
Garam
Lada Sulah
1 biji Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
1/2 inci Halia
1 sb Cili Kering Kisar
2 sb Sos tomato
3 sb Sos Cili
Air
Gula
Garam
1/2 biji Buah Tomato
1/4 cawan Kacang Pis
1 biji Cili Merah

Cara-cara:
  1. Gaul ayam bersama tepung jagung, garam dan lada sulah sehingga rata.
  2. Kemudian, goreng ayam di dalam minyak yang panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  4. Tambahkan cili kering kisar dan kacau sebentar.
  5. Selepas itu, masukkan sos tomato, sos cili dan air. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  6. Akhir sekali, masukkan ayam, buah tomato, kacang pis, cili merah yang telah dipotong dan kacau sehingga rata. Siap! Angkat dan sedia untuk dihidang.



Resepi Ayam Masak Halia

6. Ayam Masak Halia

Bahan-Bahan:
500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
  3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
  4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
  5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Angkat dan tabur dengan daun bawang. Hidangkan bersama nasi panas.



Resepi Ayam Masak Lada Hitam
Kredit Gambar: Port Resepi

7. Ayam Masak Lada Hitam

Bahan-Bahan:
5 ketul ayam
6 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – dihiris
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
beberapa biji cili padi – jika suka
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis

Bahan Perap:
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara:
  1. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.



Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

8. Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam, potong kecil
15-25 biji cili padi
1 helai daun kunyit
2 ketul kunyit hidup
1 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 mangkuk besar santan
garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Bersihkan ayam dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali di atas api yang perlahan. Masukkan ayam tadi ke dalam kuali tanpa minyak dan masak sehingga kering air yang keluar dari ayam. Ini adalah supaya ayam nanti tidak berbau hanyir.
  3. Masukkan pula cili padi dan kunyit yang sudah ditumbuk halus ke dalam kjuali bersama ayam dan gaul sebati selama beberapa minit, angkat ayam dan bersedia untuk langkah seterusnya.
  4. Dalam kuali yang sama, masukkan santan dan serai. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih dan kemudian masukkan kembali ayam tadi bersama daun kunyit dan asam gelugor.
  5. Teruskan kacau supaya santan tidak pecah. Boleh tambah air jika kuah terlalu pekat.
  6. Angkat dan hias dengan taburan hirisan daun kunyit.



Resepi Ayam Rendang

9. Ayam Rendang

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (saiz besar)
1 senduk cili kisar
1 mangkuk besar santan pekat
1/2 mangkuk kecil ais asam jawa
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
1 mangkuk besar minyak, untuk menumis

Bahan-bahan untuk rempah tumis:
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
Bahan-bahan untuk kisar halus:
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
3 ketul kunyit hidup
2 inci lengkuas
2 batang serai

Cara-cara:
  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing. Warna bahan tumisan akan bertukar menjadi sedikit gelap.
  3. Masukkan pula ayam dan biarkan masak selama 5-10 minit. Air ayam akan keluar sedikit semasa proses ini.
  4. Masukkan santan pekat dan air asam jawa. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
  5. Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.



Resepi Ayam Tomyam

10. Ayam Tomyam

Bahan Pes Tom Yam:
7 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 biji cili merah
10 biji cili kering
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu besar udang kering
4 helai daun limau purut
1 inci belacan - bakar
Air asam jawa
Gula dan garam

Bahan Sup Tom Yam:
Ayam - potong kecil
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
2 batang serai - di ketuk
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato - belah 6
2 ketul kiub tomyam
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sb susu cair (tak bubuh)
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar

Sayur-sayuran:
Bunga kubis
Karot
Cendawan
Putik jagung

Cara-cara:
  1. Semua bahan pes tomyam di atas di kisar. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Masaklah sehingga menjadi pes tom yam. Boleh dibuat banyak banyak dan simpan.
  2. Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.
  3. Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar.
  4. Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran. Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal awal tadi, sos ikan, perahan limau nipis dan garam.
  5. Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.



Resepi Ayam Sup

11. Ayam Sup

Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam, potong kecil
sedikit minyak untuk menumis
Bahan untuk rempah tumis:
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2-3 tangkai cengkih
Bahan untuk dikisar halus:
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 biji buah keras
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan putih

Bahan-bahan untuk dipotong dadu besar:
1/2 batang lobak merah
2 biji kentang sederhana besar
tomato (potong 4)
celery, jika suka

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Kacau perlahan sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, kacau, tutup periuk dan biar sebentar.
  4. Kemudian masukkan air, lebih kurang 3-4 cawan atau agak-agak sehingga air tenggelam isi ayam. Biarkan sehingga mendidih.
  5. Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.
  6. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa
  7. Taburkan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng apabila dihidang.



Resepi Ayam Goreng Kunyit

12. Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan:
600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam ,rasa dulu . Tak cukup tambah. (sebab dah ada kiub ayam tu)

Cara-cara:
  1. Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya. (Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak Sepenuhnya)
  2. Goreng ayam sampai masak.Masukkan carrot, bawang n kacang panjang. Angkat dan toskan.



Resepi Ayam Goreng Berempah
Kredit gambar: Chenom

13. Ayam Goreng Berempah

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk ketumbar*
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar serbuk jintan putih*
5 batang serai, potong panjang 1 inci dan tumbuk halus
garam secukup rasa
5 tangkai daun kari
Bahan-bahan untuk kisar halus:
6 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 inci halia

Cara-cara:
  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Untuk bahan bertanda (*), kalau tak ada serbuk boleh guna yang biji dan kisar halus bersama bahan-bahan lain.
  3. Gaul ayam bersama kesemua bahan termasuk bahan kisar halus. Perap selama minimum satu jam. Lagi lama diperap lagi sedap rasa ayam.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak.



Resepi Ayam Bakar
Kredit gambar: Salimah Olie

14. Ayam Bakar

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - potong 2
2 biji ubi kentang - belah 2
1 batang karot
2 inci halia
6 ulas bawang putih
4 sudu besar sos tiram Maggi
Sedikit madu
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa atau secukupnya
Lada hitam secukupnya - tumbuk kasar
Sedikit minyak zaitun - renjis

Cara cara:
  1. Kisar halia dan bawang putih sehingga halus. Masukkan 1 sudu besar Maggi Cukup Rasa. Lumur pada ayam.  
  2. Tuangkan sos tiram Maggi dan lumur rata. Tuang pula madu, dan lumur rata rata termasuk di celah celah bawah kulit ayam.
  3. Akhir sekali tabur serbuk lada hitam secukupnya. Taburkan sekali lagi dalam 1 sudu besar Maggi Cukup Rasa atau secukupnya. 
  4. Biarkan dalam 15-30 minit. Masukkan ayam ke dalam loyang bersesuaian. Susun ubi kentang dan karot. Renjis dengan minyak zaitun sebelum dibakar dan ketika sedang dibakar. Bakar pada suhu 180C sehingga ayam masak. 
  5. Bakar lama dalam 45 minit dengan diterbalikkan dan direnjis minyak dari masa ke semasa. Kuah dari baki membakar ayam, bolehlah disudukan dan hidang sebagai kuah pencicah ayam panggang.



Resepi Ayam Ala KFC
Kredit gambar: Mydapur Panas

15. Ayam Ala KFC

Bahan-bahan:
Ayam 
2 cawan tepung bestari pedas
1 cawan tepung jagung
2 sudu tepung Beras
Bawang putih 3 ulas (ketuk)
Serbuk cili 2 sudu
Garam 1 sudu kecil

Cara-cara:
  1. Ayam perap letak garam dengan tepung bestari 1/4 cawan dan bawang putih. Biar ada air skit jangan buang air perap ayam tu akan keluar. Perap simpan dalam peti lagi lama lagi sedap.
  2. Letak air ayam perap sikit tambah air masak sikit utntuk celup ayam. Tips celup dalam air perap ayam tadi buat ayam cantik tersalut macam KFC.
  3. Satukan semua bahan-bahan, pepung + serbuk cili. Celup ayam dalam air dulu selepas itu dalam tepung bestari. Salut sebati baru ayam cantik.
  4. Goreng dalam kuali minyak penuh sampai tutup ayam. Api mesti besar sikit kasi ayam masak cantik. Inshallah ayam masak elok cantik.



Resepi Ayam Penyet

16. Ayam Penyet

Bahan untuk ayam penyet (rebusan):
1 ekor ayam, potong 4 atau 8
1 ketul kiub ayam
1 inci halia
2 ulas bawang putih
air secukupnya

Bahan untuk rempah perapan:
1/2 sudu jintan manis *
1/2 sudu jintan putih *
3 sudu besar ketumbar *
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit garam

Bahan untuk tepung kriuk:
Lebihan perapan rempah ayam
1 biji telur
1/2 cawan tepung beras

Cara-cara untuk ayam penyet (rebusan):
  1. Basuh ayam dan rebus dengan air secukupnya bersama halia dan bawang putih. Anggaran 15 minit atau sehingga empuk.
  2. Angkat ayam dan toskan.

Cara-cara untuk rempah perapan ayam:
  1. Sangai rempah bertanda (*). Sangai bermaksud masak seketika di atas kuali tak berminyak sehingga naik bau.
  2. Sejukkan rempah dan kisar bersama semua bahan lain sehingga halus.
  3. Gaulkan ayam rebus diatas bersama rempah kisar. Perap selama beberapa jam. Minimum 2 jam supaya rempah meresap ke dalam ayam.
  4. Goreng ayam sehingga sedikit garing di luar.
  5. Gaulkan juga rempah bersama tauhu dan tempe sebelum menggoreng. Tapi jangan campur dengan ayam.
  6. Bahan lebihan rempah akan digunakan untuk tepung kriuk

Cara-cara untuk tepung kriuk:
  1. Gaulkan lebihan rempah bersama tepung beras dan telur. Percik bancuhan ini ke dalam kuali dan goreng sehingga rangup.
  2. Boleh juga disalut bancuhan ini ke atas ayam perap sebelum digoreng.



Resepi Ayam Percik

17. Ayam Percik

Bahan perapan:
Ayam seekor dipotong 4 (saya guna bahagian dada saja)
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
halia sebesar ibu jari*
sedikit garam

Bahan untuk kuah:
1 cawan santan cair*
serai 4 batang*
halia besar ibu jari*
lengkuas besar ibu jari*
20 tangkai cili kering* (rendam air panas dulu)
1 cawan air*
gula 5 sudu makan
garam sedikit
1 sudu makan bahan perasa (optional, saya guna Maggi Cukup Rasa untuk rasa manis-manis)
2-3 butir asam keping
santan pekat (masukkan kemudian)

Cara-cara:
  1. Sediakan bahan perapan. Pertama sekali, tumbukkan semua bahan perapan bertanda * seperti yang disenaraikan di atas. Tumbuk kasar semua bahan tersebut dan perasakan dengan sedikit garam.
  2. Perapkan 1 jam. Kelarkan sedikit ayam supaya ia dapat menyerap bahan perapan. Lumur dan perapkan lebih kurang 1 jam atau lebih. Kalau lebih lama, lebih sedaplah rasanya.
  3. Sediakan kuah. Sementara itu, kita boleh sediakan kuah. Ambil semua bahan yang bertanda * dan kisar dengan blender. Selepas siap dikisar, didihkan di atas pemanggang, kuali, atau periuk masakan anda.
  4. Tambahkan 2-3 butir asam keping dan perasakan dengan gula, garam, dan perasa.
  5. Masak ayam ayng diperap. Seterusnya, ambil ayam yang diperap tadi dan masukkan ke dalam didihan kuah sehingga separuh masak.
  6. Angkat ayam dan perap sekali lagi. Selepas ayam agak-agak kecut sedikit / separuh masak, keluarkannya dan perapkan lagi sekali dengan sedikit kuah ini selama 1 jam atau lebih.
  7. Sementara itu, lebihan kuah yang di atas kuali kita tambahkan dengan 1 cawan santan pekat. Masakkan semua biar mesra dan bila teksturnya dah cukup pekat, bolehlah tutup api.
  8. Bakar atau goreng atau panggang ayam. Akhir sekali, bolehlah dimasak ayam tadi mengikut cara yang anda suka. Tak kisahlah nak bakar dalam oven, panggang atas api, atau dimasak atas kuali leper asalkan ia masak sepenuhnya.
  9. Sedia dihidangkan. Bila ayam dah masak sepenuhnya, hidangkan bersama kuah yang dibuat tadi. Nampak menyelerakan!



Resepi Ayam Masak Kurma

18. Ayam Masak Kurma

Bahan-bahan untuk tumbuk halus:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 inci halia
Bahan-bahan untuk bancuhan rempah:
1 pek rempah kurma/ 3 sudu besar
sedikit air

Bahan-bahan untuk ayam masak kurma :
1/2 ekor ayam
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
daun kari
1/2 ekor ayam
1 batang karot
1 biji kentang
1 mangkuk kecil santan cair
1 biji bawang besar
1 mangkuk kecil santan pekat
1 biji tomato
2 biji cili hijau, belah 2
2 biji cili merah, belah 2
3 biji cili padi
garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Hiris kasar bawang putih, bawang merah dan halia. Tumbuk halus dalam lesung batu.
  2. Panaskan minyak dalam ½ mangkuk kecil. Kita perlukan minyak secukupnya supaya rempah masak dengan sempurna.
  3. Tumis rempah 4 sekawan iaitu bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
  4. Masukkan 1-2 tangkat daun kari. Wangi kalau kita masukkan daun kari dalam tumisan.
  5. Setelah itu masukkan bahan tumbuk halus, kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
  6. Masukkkan bancuhan rempah kurma ke dalam kuali. Kacau sehingga rempah kering dan pecah minyak.
  7. Setelah kering, masukkan sedikit air. Setelah kering kali ke 2, Che Nom tambah sedikit air putih…kalau anda rajin ulang langkan ni sebanyak 2-3 kali sampai rempah kita betul2 masak.
  8. Masukkan ayam yang sudah dibersihkan, anggaran ½ ekor.
  9. Masukkan karot dan kentang yang dipotong dadu besar
  10. Tambah 1 mangkuk kecil santan cair. Kalau anda guna santan kotak, boleh masukkan air putih je pada waktu ni.
  11. Masukkan juga 1 biji bawang besar yg dibelah 6.
  12. Bila dah agak empuk karot dan kentang, buka penutup kuali dan masukkan santan pekat, anggaran 1 mangkuk kecil.
  13. Masukkan tomato yang dibelah 4 tadi, cili merah, cili hijau dan cili padi.
  14. Masukkan sedikit air asam jawa. Kalau nak ganti dengan asam keping pun boleh.
  15. Perasakan dengan garam secukupnya.



Resepi Ayam Kari

19. Ayam Kari

Bahan bahan:
12 ketul ayam
2 biji kentang - potong 4
1 1/2 labu bawang besar saiz besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1 asam keping
1 kotak santan kotak
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari Babas - extra chilis
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 pelepah daun kari
Gula
Garam secukupnya

Cara cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.
  3. Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.



Resepi Ayam Kerutuk

20. Ayam Kerutuk

Bahan bahan:
1 ekor ayam (potong ikut suka)

Bahan bahan kisar:
2 labu bawang besar
3 bawang putih
Sedikit halia

Bahan lain:
4 sudu besar penuh rempah kerutuk
5 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 serai dititik
Asam keping
Sedikit kerisik
Kulit kayu manis, bunga lawang utk menumis
Garam dan gula
Santan (boleh guna 1 atau 2 kotak)

Cara cara:
  1. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis. masukkan bahan yang dihiris dan bahan yang di blend.
  2. Tumis hingga wangi dan kering. boleh juga jika semua bahan di blend sahaja tanpa dihiris.
  3. Masukkan rempah kerutuk (boleh pm admin untuk dapatkan rempah) yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata dan masukkan ayam serta sedikit santan. Masak dengan api perlahan hingga air ayam kering dan santan naik minyak.
  4. Masukkan serai dan santan selebihnya, kerisik, asam keping, garam dan gula. Gula mesti lebih kerana kerutuk mesti rasa manis sedikit.
  5. Sesuaikan kepekatan dan rasanya dan angkat.
  6. Masakan kerutuk berwarna gelap dan berkuah agak pekat.


Anda boleh mencuba kesemua menu masakan berasaskan lauk ayam ini. Tukar menu setiap hari. Mesti lepas ini anda sudah tak kering idea nak masak apa setiap hari.


Post a Comment

0 Comments