Koleksi Resepi Sarapan Pagi Mudah Berasaskan Roti | Sarapan pagi adalah waktu makan yang paling penting untuk kita. Kalau tak cukup makan pagi yang berkhasiat, hari itu mesti rasa tak bersemangat.
Nak menyediakan menu breakfast memang mencabar. Lebih-lebih lagi apabila suami dan anak-anak kejar masa untuk ke pergi kerja dan sekolah.
Jadi saya kongsikan di sini beberapa resepi sarapan pagi yang mudah tapi mengenyangkan berasaskan roti. Resepi-resepi ini sesuai untuk menu sarapan pagi yang sihat untuk anak serta suami.
Koleksi Resepi Sarapan Pagi Mudah Berasaskan Roti
Saya akan cuba senaraikan sebanyak mungkin resepi sarapan pagi berasaskan roti dalam artikel ini. Jika ada resepi terbaru, saya akan kemas kini juga dari semasa ke semasa. Selamat memasak!
Menu Sarapan Pagi Berasaskan Roti
Roti John
Roti Pizza Lasagna Roti Jejari Roti Roti Sosej Gulung Roti Sosej Gulung Cheese Sandwich Tuna Sandwich Telur French Toast French Toast Cheese |
1. Roti John
Bahan-bahan:
Roti
5 biji telur
Garam
Lada putih
Daging cincang
Sos pilihan
Cara-cara:
1. 5 biji telur dikocak rata. Perasakan dengan garam dan lada putih.
2. Masukkan daging cincang. Boleh ganti hotdog, filet ketam atau daging burger. Pastikan cincang sebelum masukkan ke dalam bancuhan telur.
3. Panaskan minyak dalam pan. Masukkan bancuhan telur dan masak seperti telur dadar.
4. Letak roti atas telur. Goreng hingga telur garing.
5. Angkat dan sedia dihidangkan. Boleh letak sos cili, mayonis atau sos lada hitam.
2. Roti Pizza
Bahan-bahan:
Roti
Tomato puri
Kepingan cheese
Mozzarella cheese
Kepingan sosej
Ayam dipotong dadu
Cendawan butang
Lada benggala
Cara-cara:
1. Susun roti di dalam loyang. Renjiskan dengan air supaya roti kekal lembut selepas dibakar nanti.
2. Sapukan tomato puri pada roti tersebut.
3. Letakkan kepingan cheddar cheese ke atas roti yang telah disapu tomato puri tadi.
4. Letakkan kepingan sosej, cendawan butang, lada benggala, kepingan ayam dadu atau apa sahaja ikut selera masing-masing (tapi pastikan bahan mentah seperti sosej atau ayam di rebus separuh dahulu sebelum di taburkan ke atas roti tadi).
5. Taburkan mozarela cheese
6. Bakar pizza tersebut di dalam oven lebih kurang 15 minit..
7. Hias dan potong pizza yang telah siap dibakar tadi.
3. Lasagna Roti
Bahan-bahan:
1/2 bawang besar
1/2 daging cincang
1 genggam mixed vegie
Sos cili
Sos tomato
Garam
Lada putih
Roti
Telur
Susu
Mozarella cheese
Cara-cara:
1. Masak inti dulu. Tumis bawang, masukkan daging biar sampai empuk.
2. Masukkan sos cili, tomato,salt, pepper dan mixed vegie. Masak sampai kering sikit. Rasa masin manis inti tu.
3. Siapkan bahan roti. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
4. Celupkan roti dalam telur dan susu, kemudian letak inti yang sudah masak dan tabur mozarella cheese sebanyak 2 lapisan.
5. Bakar suhu 180c sampai garing sedikit.
6. Angkat dan siap dihidang.
4. Jejari Roti
Kredit gambar: Nina Mirza
Bahan-bahan:
24 keping tepi roti (gunting dari 6 keping roti)
1 biji telur
2 sudu besar susu segar
Sedikit garam
Gula halus secukupnya
Mentega / margerin untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk. Pukul telur biar sebati.
2. Panaskan 2 sudu besar mentega.
3. Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sehingga perang. 4. Teruskan sampai habis. Jika mentega kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya.
5. Bila dah siap, taburkan gula halus ke atas roti. Sedap dimakan semasa panas-panas.
5. Roti Sosej Gulung
Bahan-bahan:
Sosej
Roti
Marjerin
Telur 2 biji
Bread crumb @ serbuk roti
Garam dan minyak masak
Cara-cara:
1. Rebus sosej sehingga agak lembut. Toskan kemudiannya.
2. Sapukan marjerin atau mentega di atas roti.
3. Kemudian gulungkan sosej dengan roti dan kepal-kepalkan agar sosej tidak tergolek keluar dari dalam roti.
4. Pecahkan telur 2 biji dan taruh sedikit garam. Kacau. Kemudian salutkan roti tadi dengan telur dan seterusnya dengan bread crumb.
5. Dan goreng dalam minyak panas.
6. Angkat dan sedia dihidang.
6. Roti Sosej Gulung Cheese
Kredit Gambar: iResepi
Bahan-bahan:
Sosej
Roti
Marjerin
Kepingan cheese
Telur 2 biji
Bread crumb @ serbuk roti
Garam dan minyak masak
Cara-cara:
1. Rebus sosej sehingga agak lembut. Toskan kemudiannya.
2. Sapukan marjerin atau mentega di atas roti.
3. Letakkan cheese. Kemudian gulungkan sosej dengan roti dan kepal-kepalkan agar sosej tidak tergolek keluar dari dalam roti.
4. Pecahkan telur 2 biji dan taruh sedikit garam. Kacau. Kemudian salutkan roti tadi dengan telur dan seterusnya dengan bread crumb.
5. Dan goreng dalam minyak panas.
6. Angkat dan sedia dihidang.
7. Sandwich Tuna
Kredit gambar: iResepi
Bahan-Bahan:
1 bungkus roti sandwich wholemeal
majerin secukupnya
1 tin tuna in olive oil
1/2 biji bawang besar
4-5 biji cili padi merah
4 sudu besar mayonis
Secubit serbuk lada hitam
Sedikit perahan lemon atau limau nipis
Hirisan timun
Hirisan tomato
Daun salad
Cara-cara:
1. Potong bahagian tepi kulit roti dengan kemas. Sapu sekata permukaan roti dengan majerin.
2. Hiris nipis bawang besar dan cili padi kepada kepingan kecil.
3. Masukkan tuna di dalam mangkuk bersama dengan bawang besar, cili padi, mayonis, serbuk lada hitam dan jus perahan lemon. Che Nom buang sedikit minyak olive. Perasakan dengan garam mengikut citarasa anda (jika suka).
4. Gunakan garfu untuk kacau campuran tuna dan tekan-tekan garfu supaya ketulan tuna menjadi kecil dan sebati.
5. Sudukan tuna dan sapu rata di atas roti. Letak bahan sayur seperti timun, tomato dan daun salad kemudian potong sandwich kepada 2 atau 4 bahagian.
6. Siap dan sedia dihidang.
8. Sandwich Telur
Kredit gambar: Resepi Chenom
Bahan-Bahan:
4 biji telur, direbus
8 keping roti sandwich
Sedikit mentega atau margerin (planta) untuk disapu pada roti
1 sudu besar mentega atau margerin, untuk inti telur
2-3 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil lada hitam kisar
1/4 sudu kecil garam
Daun salad
Tomato
Cara-cara:
1. Potong bahagian tepi kerak roti di keempat-empat bahagian.
2. Buang kulit telur dan hancurkan telur menggunakan garfu, tetapi jangan terlalu hancur. Biar ada sedikit ketulan kasat untuk tekstur.
3. Masukkan mentega, lada hitam, mayonis dan garam. Kacau sebati.
4. Sapu roti dengan sedikit mentega dan letakkan inti telur, salad dan tomato sekata di antara 2 keping roti. Potong sandwich kepada dua atau empat bahagian mengikut kesukaan anda dan sedia untuk dihidang.
5. Siap dan sedia dihidang.
9. French Toast
Bahan-Bahan:
5 keping roti
2 biji telur
2 sudu besar susu full cream
Butter secukupnya
1/4 sudu kecil garam
Cara-cara:
1. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan susu dan garam. Kacau sebati.
2. Panaskan kuali leper, lebih baik jika gunakan kuali non stick.
3. Masukkan 1 sudu kecil butter.
4. Celup kedua belah bahagian roti di dalam adunan telur. Apabila bahagian bawah masak, cepat terbalikkan.
5. Masak sehingga garing keperangan.
6. Angkat dan sedia dihidang.
10. French Toast Cheese
Bahan-Bahan:
5 keping roti
2 biji telur
2 sudu besar susu full cream
Cheese
Butter secukupnya
1/4 sudu kecil garam
Cara-cara:
1. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan susu dan garam. Kacau sebati.
2. Panaskan kuali leper, lebih baik jika gunakan kuali non stick.
3. Masukkan 1 sudu kecil butter.
4. Lapiskan roti dan cheese dan roti. Celup kesemuanya di dalam adunan telur. Apabila bahagian bawah masak, cepat terbalikkan.
5. Masak sehingga garing keperangan.
6. Angkat dan sedia dihidang.
Sekarang dah tak perlu pening-pening nak fikir masak apa sarapan besok. Dah ada idea nak masak apa kan? Selamat memasak dengan koleksi resepi sarapan pagi berasaskan roti.
0 Comments
Apa pendapat anda tentang artikel ini? Setuju? Tidak setuju? Atau anda ada pendapat anda sendiri? Komen di bawah. Sama-sama kita berbincang.