Looking For Anything Specific?

Header Ads

Senarai Barang Keperluan Dapur Dan Tips Shopping Barang Dapur

Senarai Barang Keperluan Dapur Dan Tips Shopping Barang Dapur | Kebiasaanya, untuk beli barang rumah, saya yang akan senaraikan apa yang perlu dibeli. Suami hanya keluarkan duit untuk membayar sahaja. 😆😆

Disebabkan itu jugalah saya rasa tanggungjawab menyenaraikan barang yang hendak dibeli itu sebenarnya agak berat. Sebab kadang-kadang kita senaraikan ikut kehendak bukan keperluan.

Senarai Barang Keperluan Dapur


Senarai Barang Keperluan Dapur 

Saya tahu betapa susahnya suami saya bekerja untuk mendapatkan duit demi memberi kesenangan kepada kami keluarga. Oleh itu, waktu nak shopping barang dapur, saya akan senaraikan apa yang perlu sahaja.

Saya nak kongsikan senarai barang dapur dan barang keperluan rumah yang saya selalu gunakan. Barang-barang yang disenaraikan adalah barang asas masak, barang keperluan rumah dan barang personal care.

Senarai Barang Keperluan Dapur

Barang-barang keperluan untuk memasak termasuklah bahan-bahan mentah, bahan-bahan kering, sayur-sayuran, rempah-ratus, makanan kudap-kudapan, buah-buahan, sos dan bahan perasa serta makanan sejuk beku.

Ini kiranya list barang dapur yang wajib ada dan selalu saya gunakan dalam masakan saya hampir setiap hari.

Senarai Barang Keperluan Dapur


Tips Jimat Shopping Barang Keperluan Dapur Dan Rumah

Seperti yang saya janjikan, saya akan berkongsi pula tips-tips jimat shopping barang keperluan dapur dan rumah.

1. Beli Barang Semasa Perut Kenyang

Sebelum kita pergi ke kedai untuk membeli barang, pastikan perut kita sudah kenyang. Kalau kita membeli dalam keadaan yang lapar, kita akan terbeli banyak benda yang tidak perlu.

Waktu lapar, kita akan rasa nak beli macam-macam. Nak beli potato chips lah, nak beli kacang lah, nak beli air bikarbonat lah. Walaupun semua barang itu tidak ada dalam senarai.


Tips Jimat Shopping Barang Keperluan Dapur

2. Sediakan Senarai Barang Untuk Dibeli

Tulis senarai barang yang kita nak beli sama ada di atas kertas ataupun di notepad dalam smartphone kita. Walaupun kita selalu fikir kita boleh ingat tanpa perlu menulisnya, sebenarnya kita salah.

Kalau kita tak tulis, mesti akan ada benda yang akan tercicir. Bila ada barang tercicir, kita terpaksa berulang-alik ke kedai lagi. Bila dah pergi kedai banyak kali, kemungkinan untuk kita beli barang lain sekali sangat tinggi walaupun barang itu tidak penting. 

Kita akan fikir, eh alang-alang dah pergi kedai, beli lah sikit barang yang lain. Kalau beli satu barang saja, membazir masa pula. Ada tak pengalaman ini? Hehe.


3. Beli Barang Dapur Mengikut Menu Masakan Yang Telah Dibuat

Untuk mengelakkan kita terbeli barang yang tidak perlu atau beli dalam kuantiti yang berlebihan, saya cadangkan kita buat menu jimat sebulan. 

Senaraikan menu makanan yang kita nak masak dalam masa sebulan. Senaraikan juga bahan-bahan yang diperlukan untuk masak menu tersebut. 

Bila dah tahu bahan apa yang nak digunakan untuk memasak, baru kita buat senarai barang dapur untuk dibeli. Beli apa yang perlu saja. Jauh lebih jimat kalau kita agak-agak saja bahan yang hendak dibeli. 

4. Biasakan Beli Barang Yang Sama Setiap Masa

Kalau kita buat senarai barang-barang keperluan dapur yang kita selalu gunakan di rumah, kita boleh kenalpasti barang apa yang kita perlu dan barang apa yang tak perlu.

Untuk barang yang tak perlu, tak payah beli langsung. Contohnya anda tak selalu baking di rumah. Jadi tak perlu beli tepung naik sendiri, yis, manik urai ataupun bahan-bahan baking yang lain.

Beli barang yang kita selalu pakai saja. Dengan ini, kita dah boleh agak banyak mana bahan yang perlu kita beli dan berapa ringgit yang kita perlu keluarkan untuk barang-barang tersebut. 

Tips Jimat Shopping Barang Keperluan Dapur Dan Rumah

5. Beli Stok Barang Dapur Untuk Sebulan

Kebiasaanya saya pergi membeli barang 2 kali sebulan. Itu pun sebab bahan mentah tak tahan lama. Barang-barang basah saya beli selalunya tahan selama 2 minggu saja.

Bagi bahan-bahan kering, saya akan beli sekali saja dalam sebulan. Untuk barang-barang kering, saya akan beli in bulk. Maknanya saya akan beli banyak terus. Lebih jimat. 

Ini adalah cara saya beli barang rumah dan cara saya jimat belanja barang dapur sebulan. Cara anda macam mana pula?


Post a Comment

0 Comments