Looking For Anything Specific?

Header Ads

Cara Memulakan Bisnes Delivery Makanan Dari Rumah

Cara Memulakan Bisnes Delivery Makanan Dari Rumah | Jika ada para suri rumah sekalian yang sedang tercari-cari idea untuk memulakan perniagaan dari rumah, mungkin anda boleh cuba bisnes makanan secara delivery.

Cara buat bisnes makanan

Cara Memulakan Bisnes Delivery Makanan Dari Rumah

Banyak perkara yang perlu kita ambil tahu sebelum memulakan bisnes delivery makanan dari rumah ini. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk mengelakkan sebarang permasalahan pada masa yang akan datang. 

Kenapa bisnes makanan secara delivery?

Pertama, kerana bisnes makanan adalah perniagaan yang paling laku di dunia. Tak kisah seteruk mana pun keadaan ekonomi dunia sekarang ini, manusia tetap perlukan makanan. Bahkan, permintaan terhadap makanan tidak pernah berkurangan.

Dan kedua, bisnes makanan secara delivery cuma memerlukan modal yang rendah. Kalau nak buka restoran, banyak modal yang diperlukan. Even buka gerai tepi jalan pun memerlukan modal yang agak besar.

Jadi, bisnes makanan delivery sebegini adalah ideal untuk para suri rumah memulakan bisnes dari rumah. Modal rendah, permintaan tinggi, masa anda untuk berniaga adalah fleksibel dan anda masih boleh menjaga anak-anak di rumah!

Sebelum memulakan perniagaan makanan, mesti kita tertanya-tanya:

Bisnes makanan apa yang modal rendah?
Nak jual makanan apa?
Macam mana nak dapatkan pelanggan?
Macam mana nak buat iklan?
Nak buat iklan kat mana?
Berapa pula nak caj delivery?
Ada ke orang nak beli?
Pukul berapa pula nak masak dan nak hantar?

Saya sendiri pun pernah terfikir nak buat bisnes makanan secara delivery dari rumah. Tapi asyik tertangguh sebab terlalu banyak perkara yang saya fikirkan dan persoalkan. Akhirnya tak menjadi apa pun perancangan itu.

Saya tak mahu anda pun jadi seperti saya. Jadi, kalau anda ada plan untuk memulakan bisnes jual makanan secara delivery dari rumah, saya cadangkan anda mula dengan membaca ebook Bisnes Makan Delivery ini.


Bisnes Makan Delivery

Ebook Bisnes Makan Delivery - Panduan Memulakan Bisnes Makanan Dan Delivery Dari Rumah

Ebook ini adalah satu ebook tentang panduan untuk mula membuat bisnes makanan secara delivery dari rumah. Dalam ebook ini anda akan ketahui cara untuk memulakan bisnes delivery makanan dengan mudah dan pantas. 

Anda dah tak perlu buat kajian. Tak perlu buat trial dan error untuk memulakan bisnes makan delivery ini. Semuanya dah dikongsikan oleh penulis ebook Bisnes Makan Delivery ini. 

Penulis Ebook Bisnes Makan Delivery - Syaiful a.k.a Abang Speggo

Siapa penulis ebook Bisnes Makan Delivery ini? Syaiful a.k.a Abang Speggo  sebenarnay adalah seorang penjual spaghetti secara delivery ke rumah. Abang Speggo dah mula menjual secara delivery sejak 5 tahun yang lalu.

Abang Speggo mula terjebak dengan perniagaan jual makanan dari rumah sebab mengalami masalah kewangan. Waktu itu pula GST baru diperkenalkan. Harga minyak mula naik. Harga barang-barang pun turut naik.

Waktu itu Abang Speggo terkesan sangat dengan tekanan ekonomi. Gaji sebulan tak cukup. Kos sara hidup naik tapi gaji tetap macam itu saja. Dia terpaksa berjimat cermat untuk menampung keluarga.

Nak tak nak, Abang Speggo cari jalan untuk dapatkan duit lebih. Lalu dia dapat idea untuk menjual makanan. Lagipun Abang Speggo dengan isterinya memang pandai memasak. Jadi tiada masalah di situ.

Cuma satu masalahnya, Abang Speggo tak cukup duit untuk membuka gerai di tepi jalan. Apatah lagi nak buka restoran. Banyak duit yang diperlukan untuk memulakan perniagaan makanan ini. 

Cara buat bisnes makanan online

Jadi Abang Speggo cuba menjual makanan dari rumah sahaja. Ambil order guna Whatsapp, beli barang untuk memasak, mula masak dan terus hantar kepada pelanggan. Mudah kan?

Anda juga boleh jadi seperti Abang Speggo. Baca sahaja panduan dan pengalaman yang Abang Speggo kongsikan dalam ebook ini. Pasti lebih mudah untuk anda memulakan perniagaan makanan dari rumah.

Isi Kandungan Ebook Bisnes Makan Delivery

Memang banyak perkara tentang bisnes makanan delivery yang anda boleh dapat dalam ebook ini. Antara isi kandungan ebook ini adalah:

1. 5 Persediaan Sebelum Mula Bisnes
Sebelum memulakan apa-apa jenis perniagaan, kita perlu ada persediaan. Dalam bab pertama ini, Abang Speggo ada berkongsi tentang 5 perkara yang perlu anda siapkan sebelum memulakan bisnes makanan delivery ini.

2. Kaedah Jualan
Dalam bab kedua, Abang Speggo akan bongkarkan 2 kaedah buat bisnes makanan. Setiap kaedah mempunyai waktu memasak dan menghantar yang berbeza. Jadi, anda boleh pilih kaedah jualan yang mana sesuai dengan masa anda.

3. Cara Pembungkusan
Cara pembungkusan makanan adalah satu perkara yang amat penting. Kita perlu tahu bekas jenis apa yang perlu dipakai untuk membungkus makanan yang ingin dihantar kepada pelanggan.

Penting juga untuk kita tahu kaedah dan teknik membungkus makanan yang betul. Tujuannya supaya makanan yang kita jual tidak mudah rosak ataupun basi. 

Cara buat bisnes makanan online

4. Panduan Kira Kos Dan Keuntungan
Nak meletakkan harga bagi makanan yang kita jual pun, bukan boleh dibuat secara lewa. Kita perlu kira kos yang digunakan untuk menyediakan bahan-bahan, penggunaan elektrik atau gas dan sebagainya untuk meletakkan harga jualan.

5. Cara Untuk Mula
Macam mana nak mula berniaga? Cara masak dah expert. Cara membungkus dan terbaik dan menarik. Harga jualan pun berbaloi. Tapi, macam mana nak mula cari pelanggan untuk beli makanan yang kita jual?

Ha, dalam bab inilah Abang Speggo ada kongsikan cara untuk mendapatkan pelanggan dengan mudah, pantas dan tanpa mengeluarkan sebarang kos yang tinggi. Kan berbaloi tu? 

6. Panduan Bina Database Pelanggan Guna Whatsapp
Database pelanggan adalah sangat penting untuk kita buat marketing. Dalam bab ini, Abang Speggo ada menunjukkan cara bagaimana untuk menyimpan nombor telefon pelanggan kita secara tersusun. Lebih mudah nak akses di hari akan datang.

Selain itu, Abang Speggo juga akan tunjukkan cara untuk buat promosi kepada pelanggan-pelanggan anda yang sedia ada. Semuanya menggunakan aplikasi Whatsapp secara percuma. 

7. Strategi Pantas Bina List 100 Pelanggan Pertama
Dalam bab ini, Abang Speggo ada pecahkan rahsia dia macam mana nak dapatkan 100 contact (nama, nombor telefon dan alamat mereka) dengan cepat dan senang. 

Walaupun kita kena keluar sikit duit untuk menggunakan strategi ini, tapi ianya sangat berbaloi. Rugi jika kita tidak tahu teknik yang hebat ini. Pasti sales korang akan naik jika menggunakan teknik ini.

8. Cara Dan Waktu Buat Iklan
Cara dan waktu untuk buat iklan bisnes makanan delivery adalah sangat penting. Anda perlu tahu waktu terbaik untuk membuat iklan, waktu bila nak ambil order dan waktu bila kita patutnya mula memasak dan buat delivery.

9. Cabaran Dan Rintangan
Setiap perkerjaan yang kita lakukan di dunia ini tetap ada risikonya. Kalau korang  baru nak memulakan bisnes makanan delivery ini, mungkin anda mahu tahu apakah cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi sepanjang Abang Speggo menjalankan bisnes makanan delivery ini.

Dalam bab terakhir ini, Abang Speggo akan kongsikan dengan anda semua pengalaman sebenarnya dalam menghadapi cabaran-cabaran yang datang. Abang Speggo juga ada tunjukkan cara untuk mengatasi permasalahan yang timbul semasa menjalankan bisnes makanan delivery ini.

Resepi spaghetti bolognese paling sedap

Bonus Ebook Super Spaghetti

Yang lebih menariknya, kalau anda dapatkan ebook Bisnes Makan Delivery ini, anda akan dapat satu lagi ebook bonus. Ebook bonus ini adalah ebook resipi rahsia spaghetti bolognese yang memang sedap dan jimat kos. 

Anda boleh gunakan resepi ini untuk memulakan bisnes makanan delivery anda nanti. Ini resepi rahsia Abang Speggo gunakan untuk hasil jualan dia tau. Memang laku keras!

Jika anda masih terfikir-fikir nak buat bisnes dari rumah yang macam mana, saya cadangkan anda baca dulu ebook ini. Alang-alang dah baca, terus buat. InsyaAllah ada hasilnya bagi orang yang berusaha. 




Post a Comment

0 Comments