10 Cara Buat Duit Untuk Suri Rumah

Ramai antara suri rumah di luar sana yang tercari-cari cara buat duit untuk suri rumah. Betul tak?  

Tapi disebabkan kekangan anak-anak dan mungkin juga masa, kita tak mampu nak keluar bekerja seperti orang lain. Jadi, jalan yang terbaik untuk kita adalah dengan buat duit secara online.

Macam Mana Cara Buat Duit Untuk Suri Rumah?

Kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua pengalaman saya buat duit secara online. Ada antara cara ini saya buat sejak tahun 2014 lagi.    

1. Cara Buat Duit Untuk Suri Rumah Dengan Blog

Saya mula menulis blog semenjak belajar di universiti. Tapi waktu itu biasalah. Masih muda remaja. Masih tak terfikir yang blog ini sebenarnya boleh mendatangkan wang.  

Apabila saya berkahwin dan menjadi suri rumah, saya mula tercari-cari cara untuk menjana pendapatan. Salah satunya adalah dengan menulis blog.   

Ada pelbagai cara kita boleh buat untuk dapatkan duit dengan menulis blog. Antaranya:

  • Paid review 
  • Advertorial
  • Iklan daripada syarikat pengiklanan seperti Adsense atau Innity
  • Tapak iklan persendirian
  • Affiliate

Saya mula mendapat duit hasil berblogging pada tahun pertama saya menulis blog. Memang seronok sebab di samping dapat menulis, kita juga dapat menjana pendapatan.  

Jika anda berminat untuk memulakan blog sendiri, anda boleh daftar blog anda di www.blogger.com atau www.wordpress.com. Kemudian, bina blog anda sendiri.   

Jika anda rasa perlukan bantuan untuk membina blog, boleh Whatsapp saya dengan klik link di bawah. Saya boleh bantu anda untuk membina blog. Anda hanya tinggal menulis content sahaja.   Whatsapp: 

cara buat duit untuk suri rumah

2. Ambil Upah Menulis (Ghostwriter)

Selain daripada menulis blog, saya juga merupakan seorang ghostwriter. Ghostwriter di sini bukanlah bermaksud penulis cerita hantu. Tetapi ghostwriter adalah penulis upahan.  

Tugas saya sebagai seorang ghostwriter adalah untuk melakukan sebarang jenis penulisan seperti:

  • Artikel untuk blog atau website
  • Copywriting 
  • Sales letter
  • Content untuk media sosial
  • eBook atau buku fizikal

Hasil penulisan saya akan menjadi milik pelanggan 100%. Nama saya langsung tidak akan dikreditkan dalam hasil penulisan tersebut. Tapi saya akan mendapat bayaran yang setimpal dengan hasil kerja saya.  

Anda juga boleh menjadi seorang ghostwriter jika mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penulisan. Nak jadi ghostwriter tidak susah tapi memerlukan sedikit asas yang betul supaya berhasil.  

Sebelum yakin menjadi ghostwriter, saya ada menyertai . Selepas tamat kelas secara online selama dua hari, saya terus dapat pelanggan pertama pada minggu pertama.   

Alhamdullilah sampai sekarang, saya sentiasa mendapat kerja-kerja daripada servis ghostwriter ini. Sama ada daripada pelanggan baru atau pelanggan sedia ada. Jika anda mahir menulis, ghostwriter adalah satu cara buat duit untuk suri rumah yang berbaloi untuk dilakukan.    

3. Buat Affiliate

Antara cara yang saya suka buat duit secara online adalah dengan menyertai program affiliate. Melalui program affiliate, anda cuma perlu promosikan link produk atau servis kepada orang ramai.  

Setiap kali orang membeli produk atau servis daripada link yang anda promosikan, anda akan dapat komisen. Saya ada menyertai pelbagai program affiliate antaranya:

Banyak lagi sebenarnya program affiliate yang ada di dalam Malaysia. Saya akan kongsikan senarai affiliate yang lain dalam artikel akan datang.    

Link affiliate ini lebih mudah convert. Ianya boleh dikongsikan di mana-mana sahaja. Sama ada di dalam blog, Whatsapp, Telegram mahupun media sosial.   

Jika anda ingin menyertai mana-mana program affiliate sama ada dalam Malaysia atau luar Malaysia, cuba cari program yang menawarkan komisen setengah daripada harga jualan. Atau paling-paling rendah pun RM10. Lebih berbaloi rasanya untuk dibuat.     

4. Jadi Virtual Assistant

Pengalaman saya menjadi seorang virtual assistant sangat menarik. Pada asalnya saya dapat tawaran menulis artikel untuk seorang pelanggan.   

Kemudian, pelanggan ini tawarkan saya untuk menjadi virtual assistant untuk membantu bisnesnya onlinenya. Yang paling seronok, saya diupah sebanyak RM50 untuk satu jam bekerja.  

Kerja yang pernah saya lakukan sebagai virtual assistant adalah:

  • Research
  • Pindahkan data dari spread sheet ke dalam website
  • Susun struktur ayat dalam website
  • Menyediakan slide presentation
  • Menyediakan minit mesyuarat online

Setakat pengalaman yang saya lalui sendiri, menjadi virtual assistant mudah sebenarnya. Asalkan anda mempunyai komunikasi yang baik dengan pelanggan anda.     

cara buat duit untuk suri rumah

5. Cara Buat Duit Untuk Suri Rumah Dengan Youtube

Sekarang ini dah ramai yang mencuba cara buat duit dengan Youtube. Bulan lepas ramai yang memperkatakan tentang Puan Sugu Pavithra yang mampu menjana pendapatan melalui video Youtube.  

Anda cuma perlu merakam video tentang apa-apa sahaja dan muat naik ke akaun Youtube. Jika ada orang menonton video anda dan klik pada iklan yang terpapar, anda akan mendapat komisen.  

Tapi sebelum anda layak menjadi YouTube patner, anda perlu ada channel Youtube dan melepasi dua syarat;

  • Mempunyai 1000 subcriber
  • Video-video anda telah mencapai 4000 jam tontonan awam

Nampak macam susah bukan? Tapi kalau anda konsisten memuat naik video, tahu apa video yang orang ramai cari dan mempunyai niche yang tetap dalam channel, anda juga mampu menjadi seperti Puan Sugu Pavithra.  

Lagi satu yang penting, anda perlu pandai bermain dengan . Dengan headline yang bagus, lebih ramai yang akan tertarik untuk klik dan menonton video anda.    

6. Tangkap Dan Jual Gambar 

Smartphone kita banyak manfaatnya. Bukan sekadar untuk menghabiskan masa di media sosial semata-mata. Cuba gunakan smartphone anda sebagai asset untuk menjana wang. Jika anda tak ada banyak masa untuk bekerja, ini adalah cara buat duit untuk suri rumah yang paling mudah.  

Caranya cukup mudah. Anda cuma perlu ambil gambar. Ya, ambil gambar. Macam mana dengan ambil gambar kita boleh jana pendapatan pula? Senang sahaja.  

– Produk Photoshoot

Cari kawan-kawan anda yang buat bisnes produk. Minta mereka berikan produk kepada anda. Anda ambil gambar produk dan hantar kepada mereka semula. Pastikan gambar yang anda ambil menarik.  

– Family Portrait

Tawarkan servis ambil gambar keluarga jiran-jiran anda terutamanya semasa majlis-majlis istimewa kecil-kecilan. Contohnya gambar raya, majlis hari lahir atau konvokesyen.    

cara buat duit untuk suri rumah

– Jual Gambar Di Website Photostock

Yang ini agak menarik. Anda tak perlu jumpa orang langsung. Anda cuma perlu ambil gambar apa-apa sahaja. Kemudian submit di website-website photostock seperti Shutterstock. Ini adalah salah satu cara buat duit untuk suri rumah yang paling mudah.  

Anda boleh baca step by step nak jual gambar di website photostock dalam . Saya baru mula jual gambar di Shutterstock bulan lepas.     

7. Jual Kemahiran 

Setiap dari kita mesti ada kemahiran yang orang lain cari. Contohnya anda ada kemahiran untuk membuat grafik yang cantik untuk bisnes. Apa kata jual kemahiran yang anda ada itu.  

Cuba layari dan lihat senarai kemahiran di sana. Kenalpasti apa kemahiran anda. Daftar dan terus tawarkan kemahiran anda di sana. Kemahiran anda dibayar dalam USD di Fiverr.  

Cuma ada satu kekurangan yang saya boleh lihat dalam website Fiverr. Di website ini ramai yang menawarkan servis masing-masing. Oleh itu, persaingan sangat tinggi.  

Ada yang sanggup menawarkan servis dengan harga yang terlalu rendah dan tidak masuk akal. Ini akan merosakkan harga market untuk mereka yang mempunyai kemahiran yang tinggi.    

8. Buat Dan Jual Produk Digital

Produk digital di sini bermaksud produk-produk yang berbentuk ilmu, panduan atau tips dalam bentuk:

  • PDF
  • Audio
  • Video
  • Software  

Anda juga boleh menjual produk-produk digital seperti ini. Anda cuma perlu kenalpasti apakah kemahiran yang anda ada.  

Sebagai contoh anda mempunyai kemahiran dalam bahasa Mandarin. Anda boleh cuba tentang asas bahasa Mandarin yang diperlukan untuk belajar bercakap bahasa Mandarin ke dalam bentuk PDF.  

Atau anda boleh rakam video anda sedang menyebut perkataan perkataan bahasa Mandarin yang asas untuk pemula.   

Letakkan video-video yang telah dirakam ke dalam satu folder bernama Belajar Bahasa Mandarin dan masukkan ke dalam Google Drive.  

Promosikan produk digital anda. Jika ada yang berminat mereka akan membeli produk digital anda.   

Selepas menerima wang, anda berikan akses folder Belajar Bahasa Mandarin kepada pembeli produk digital anda.    

cara buat duit untuk suri rumah

9. Buat Kelas Online

Sekarang ini dah ramai yang mula membuat kelas secara online sebagai salah satu income tambahan dari rumah. Jika anda mahir menjahit, memasak atau membuat reka bentuk grafik, buat kelas online.  

Saya pasti mesti akan ada orang yang masuk kelas anda. Tapi penting juga untuk anda selalu promosikan kelas-kelas online tersebut beserta bukti yang kelas anda akan mendatangkan hasil.  

Antara cara untuk menunjukkan bukti tersebut adalah dengan selalu memuat naik hasil-hasil kerja di media sosial. Jika ada yang pernah masuk kelas anda dan berjaya, minta pelajar anda berikan testimoni.    

10. Dropship

Dropship adalah cara yang paling mudah untuk dapat side income untuk suri rumah. Saya sendiri pernah menjadi dropship bagi produk Azanis Skincare satu ketika dulu dan mendapat untung yang lumayan. Saya pasti ramai antara kita yang mula dengan dropship sebagai salah satu cara buat duit untuk suri rumah.

Dropship bermakna anda cuma promosikan produk orang lain. Apabila pembeli membayar duit kepada anda, anda cuma perlu bayar sebahagian daripada wang tersebut kepada pemilik produk.  

Kemudian anda boleh goyang kaki kerana pemilik produk yang akan menguruskan pembungkusan dan penghantaran produk kepada pelanggan.  

Jika anda nak cuba buat dropship, pastikan anda memilih produk dan pemilik produk yang boleh dipercayai. Supaya tidak ada masalah antara anda dengan pembeli di masa akan datang.    

Bolehkan Suri Rumah Buat Duit Dari Rumah?

Itu antara pekerjaan dari rumah yang boleh suri rumah lakukan untuk buat duit. Banyak lagi cara buat duit untuk suri rumah sebenarnya tapi saya kongsikan antara yang mudah dan relevan untuk kita .

Sebagai suri rumah, kita boleh jana pendapatan dari rumah saja. Saya sendiri dah buat. Cuma kita kena kuatkan semangat sebab bukan mudah untuk kita bekerja sambil menjaga anak-anak serta menguruskan rumah.

Antara 10 idea di atas ini, mana satu yang anda rasa anda mampu dan boleh buat? Jika perlukan bantuan atau soalan, komen sahaja di bawah. Saya akan cuba jawab sebaik mungkin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *