senarai gadget dapur untuk suri rumah

10 Gadget Hebat Untuk Suri Rumah Confirm Tak Menyesal Beli

Jadi mak mak ni memang penat. Dari pagi sampai malam ada saja kerja yang perlu diselesaikan. Tapi sekarang ini sudah banyak gadget dapur hebat yang boleh membantu para suri rumah untuk membuat kerja-kerja rumah.

Selain memudahkan kerja, gadget-gadget ini juga menjimatkan masa mak-mak semua dalam menyelesaikan kerja-kerja rumah. Tak kira stay at home mom ataupun mak-mak yang bekerja di luar.

10 Gadget Dapur Wajib Ada Di Rumah

Antara 10 peralatan elektrik dapur yang hebat untuk membantu memudahkan kerja-kerja suri rumah berjaya adalah:

Mesin untuk mengeringkan pakaian

1. Clothes Dryer

Bagi yang tinggal di apartment, boleh dikatakan gadget yang paling utama dan penting perlu ada. Terutama sekali kalau apartment tersebut tiada beranda untuk sidai baju.  

Kalau ada balkoni pun, apa salahnya melabur duit membeli clothes dryer. Lebih jimat masa dan tenaga. Tak perlu ambil masa yang banyak untuk keringkan baju.  

Antara kelebihan menggunakan pengering pakaian:

  • Jimat masa untuk mengeringkan pakaian
  • Jimat masa dan tenaga sebab tidak perlu sidai pakaian
  • Pakaian akan jadi lebih lembut dan selesa untuk dipakai terus
  • Boleh keringkan pakaian tidak mengira masa, malam ataupun siang

Vacuum tanpa wayar

2. Cordless Vacuum

Cordless vacuum adalah penyedut habuk atau vakum tanpa wayar. Kalau secara tradisionalnya kita bersihkan rumah menggunakan penyapu. Kemudian kita bertukar kepada corded vacuum.  

Sekarang dah jadi lebih advance. Guna saja . Mudah nak diusung ke sana sini. Tiada gangguan wayar yang kadang-kala tersekat akibat tak cukup panjang.    

Antara kelebihan vakum tanpa wayar:

  • Senang bergerak kerana tiada wayar
  • Ringan, boleh pegang sebelah tangan saja
  • Ada tempat penyangkut untuk simpan vakum
  • Saiz yang lebih kecil, senang untuk disimpan dan dibawa ke mana-mana

3. Steam Iron

Steam iron adalah seterika yang menggunakan air. Air itu kemudiannya ditukarkan kepada wap. Wap panas yang keluar daripada seterika itu akan menembusi fabrik sehingga ke lapisan bawah atau sebelah pakaian.  

Dengan penggunaan , kerja-kerja seterika pakaian lebih mudah dan cepat. Sesuai sangat untuk suri rumah yang ada anak bersekolah ataupun suami yang pakai uniform tebal ke pejabat atau tempat kerja.  

Antara kelebihan seterika wap:

  • Kedut pada pakaian lebih mudah hilang
  • Lebih jimat elektrik
  • Pakaian tidak akan terbakar

gadget dapur air fryer untuk memudahkan proses menggoreng makanan

4. Gadget Dapur Penting – Air Fryer

Air fryer adalah sebuah perkakas memasak yang boleh berfungsi untuk menggoreng tanpa minyak. Cara berfungsi adalah dengan menggunakan suhu yang tinggi dan kitaran udara panas untuk memasak makanan. 

Suhu panas yang tinggi tersebut membuat kandungan air dalam makanan menguap seterusnya akan memasak makanan tersebut. Penggunaan air fryer memang sangat praktikal terutamanya untuk keluarga kecil.  

Antara kelebihan air fryer:

  • Lebih sihat tanpa minyak
  • Pelbagai fungsi (bakar, panggang)
  • Boleh kerja lain masa masak
  • Selamat tak kena percikan minyak

gadget rumah pressure cooker cepatkan proses memasak

5. Gadget Dapur Cepat Masak – Pressure Cooker

Pressure cooker adalah peralatan memasak yang menggunakan tekanan untuk memasak makanan. Penggunaan air atau cecair yang panas mendidih menghasilkan tekanan tinggi di dalam .  

Cara pressure cooker berfungsi adalah dengan mengumpulkan tekanan wap di dalam periuk. Suhu yang tinggi di atas takat suhu air didih akan memasak makanan tersebut. Bila ada pressure cooker, lebih mudah dan cepat nak masak lauk resepi ayam kegemaran anak anda.  

Antara kelebihan pressure cooker:

  • Makanan cepat masak
  • Dapur tak berkecah
  • Jimat bahan api atau elektrik kerana masa memasak lebih pendek
  • Rasa makanan lebih sedap kerana zat dikekalkan 

6. Gadget Food Processor Food Processor Mudahkan Meal Prep

Food processor adalah perkakas dapur yang serba boleh. Ia boleh digunakan untuk  menghancurkan,  memayang, mengoyakkan, menguli, whip, blend dan mengekstrak bahan makanan.   

pasti menjadi pilihan suri rumah yang selalu menyediakan makanan from scratch untuk keluarga. Alat ini juga sangat sesuai untuk suri rumah yang ada buat .  

Antara kelebihan food processor:

  • Memudahkan penyediaan makanan
  • Boleh menghancurkan bahan makanan tanpa air
  • Pelbagai fungsi
  • Jimat masa untuk prep bahan untuk memasak

7. Steam Mop

Steam mop adalah mop yang menggunakan wap untuk membersihkan lantai dan permaidani. Ia menggunakan haba dari stim untuk membersihkan lantai.  

Pad gentian mikro selalunya diletakkan di bahagian bawah jet untuk memerangkap kekotoran. Steam mop biasanya ada tangki air kecil. Jadi tak perlu susah-susah angkat baldi berisi air lagi.  

Antara kelebihan steam mop:

  • Boleh membasmi kuman
  • Boleh digunakan pada pelbagai jenis permukaan 
  • Mudah digunakan, tidak perlu penggunaan baldi untuk air
  • Ringan
  • Tak perlu pulas mop untuk keringkan air

gadget dapur yang memudahkan untuk mendapatkan air panas atau air sejuk

8. Penapis Air

Penapis air adalah perkakasan yang digunakan untuk menghilangkan kekotoran daripada air melalui satu halangan fizikal yang halus, proses kimia atau proses biologi.  

Boleh dikatakan hampir kebanyakan rumah sekarang ada tak kira jenama. Ianya memang menjadi satu kemudahan untuk keluarga yang ada anak kecil ataupun warga emas.   

Antara kelebihan penapis air:

  • Elak rasa payau air
  • Tak perlu masak air
  • Cepat terutamanya kalau nak guna air panas atau air sejuk

gadget dapur breadmaker untuk membakar roti dan kek

9. Breadmaker

Breadmaker adalah satu alat dapur yang digunakan untuk membuat roti. Tapi sebenarnya, breadmaker ini banyak fungsinya. Selain buat roti, ia juga boleh digunakan untuk membuat jem, dodol dan serunding.  

Kalau nak buat , memang sesuai sangat untuk ada di rumah. Ianya akan memudahkan kerja-kerja menguli dan membakar roti-roti jualan anda.  

Antara kelebihan breadmaker:

  • Boleh buat kerja lain semasa mesin menguli
  • Pelbagai fungsi

gadget dapur alternative jika kehabisan gas memasak

10. Induction Cooker

Induction cooker adalah dapur memasak yang menggunakan sumber tenaga elektrik. Ianya berbeza daripada dapur gas yang menggunakan gas dan api untuk memasak.  

Ia berfungsi dengan mengalirkan tenaga terus kepada periuk menggunakan magnetic field. Pengaliran haba adalah sekata pada seluruh bahagian periuk jadi proses memasak akan jadi lebih cepat dan mudah.  

Antara kelebihan induction cooker:

  • Ada timer dan boleh set waktu memasak
  • Tidak rasa panas sebab fungsi panas magnetic field
  • Jimat tenaga elektrik
  • Selamat dan tidak mudah cedera
  • Mudah untuk dibersihkan
  • Periuk cepat panas
  • Boleh laraskan suhu dan suhu itu akan tetap

Gadget Dapur Pilihan Anda

Secara peribadinya, saya rasa ini adalah 10 barang elektrik yang membantu saya melakukan kerja-kerja di rumah.   

Antara 10 barang yang ada di atas ini, mana satu yang anda paling rasa berbaloi? Dan mana satu yang menjadi wishlist barangan dapur anda?

 
 
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *