8 Petua Atasi Masalah Keguguran Rambut


Dalam satu hari, lebih kurang 100 helai rambut kita boleh gugur. Jadi, keguguran rambut ini sebenarnya adalah biasa. Yang luar biasanya bila rambut gugur terlalu banyak dan tidak terkawal. Jadi, apa petua rambut gugur yang kita boleh amalkan?   

Kebanyakan wanita yang lepas bersalin mesti ada masalah keguguran rambut. Setiap kali habis mandi, penuh rambut melekat dekat dinding dan lantai. Waktu sikat rambut pula, kadang-kadang penuh segenggam rambut yang gugur. Belum lagi helaian rambut yang bersepah-sepah di lantai.   

Masalah betul kan?  

Rasa malu bila dah nampak tompok-tompok kesan botak di atas kepala. Sedih sangat rasa bila orang pandang pelik. Jadi, apakah cara terbaik untuk menghilangkan masalah keguguran rambut?  

Fakta Tentang Rambut Dan Apa Itu Rambut Gugur?

Sebelum kita ketahui cara untuk atasi masalah keguguran rambut, baiklah kita ketahui beberapa fakta tentang rambut, apa itu masalah rambut gugur dan punca-punca berlakunya hair fall ini.  

Fakta:

  • Rambut kita tumbuh sebanyak 1cm setiap bulan. 
  • Jangka hayat rambut kita adalah lebih kurang 5 tahun. 

 Ada 3 fasa pertumbuhan rambut iaitu:

  • Anagen – fasa pertumbuhan yang berakhir sehingga 2 ke 6 tahun.
  • Catagen – fasa segenerasi separa berakhir sehingga 10 ke 14 hari.
  • Telogen – fasa rehat berakhir sehingga 2 ke 3 bulan

Cumanya ada beberapa faktor dan punca yang menyebabkan keguguran rambut yang teruk dan tidak normal.     

Apa Punca Rambut Gugur? 

Rambut gugur adalah satu masalah yang biasa dialami oleh wanita mahu pun lelaki. Masalah ini selalunya berlaku setelah sesorang menginjak umur 30 tahun. Namun, ada juga yang sebelum 30 tahun pun sudah menghadapi masalah ini.  

Jadi, apa penyebab rambut gugur? Antaranya adalah disebabkan oleh:  

1. Keturunan 

Keturunan adalah punca utama masalah keguguran rambut dan botak. Masalah ini selalunya berlaku disebabkan penuaan.   

Kebiasaannya masalah rambut gugur akibat keturunan ini dah boleh dijangka dengan melihat ahli keluarga yang lain.  

2. Perubahan Hormon

Perubahan hormon juga menyumbang kepada keguguran rambut.   

Hormon yang dikeluarkan ketika hamil, selepas bersalin, menopaus atau disebabkan oleh penyakit-penyakit tertentu boleh menyebabkan masalah keguguran rambut yang bersifat sementara atau kekal.  

3. Terlalu Stress

Jika anda terlalu stress, anda mungkin akan kehilangan rambut yang banyak. Pada waktu ini, rambut akan berhenti tumbuh dan memasuki fasa berehat. Namun ianya bersifat sementara.  

4. Kesan Sampingan Ubat-Ubatan

Terdapat beberapa ubat jika diambil akan menyebabkan kesan sampingan termasuklah keguguran rambut. Antaranya ubat-ubatan seperti ubat kemurungan dan ubat kanser.  

5. Alopecia Areata

Alopecia Areata adalah salah satu penyakit auto imun. Penyakit ini menyebabkan sel pesakit sendiri memusnahkan liang-liang rambut.   

Keadaan ini mengakibatkan keguguran rambut dan juga kehilangan bulu-bulu di bahagian badan yang lain.  

6. Trichotillomania

Trichotillomania adalah salah satu masalah psikologi. Ia dikaitkan dengan masalah kemurungan. Penghidap masalah Trichotillomania mempunyai kecenderungan untuk mearik rambut mereka sendiri.    

8 Petua Rambut Gugur

Rawatan semulajadi boleh dilakukan untuk mengatasi masalah rambut gugur ini. Selain daripada selamat, cara ini juga lebih jimat.   

Di bawah ini adalah beberapa petua yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan rambut yang sihat dan mengurangkan masalah keguguran yang teruk.  

petua rambut gugur

1. Minyak Kelapa Untuk Keguguran Rambut

Perasan tak rambut kaum India sangat cantik hitam mengurai dan lebat? Tahu tak generasi India terdahulu rajin menyapu minyak kelapa di kepala dan rambut mereka? Tahu kenapa?  

Minyak kelapa mempunyai khasiat dan nutrisi kepada rambut dari dalam hingga mampu membuatkan rambut kita sihat dan lebih berkilat. Ia juga boleh dijadikan perapi semula jadi untuk mengelakkan kerosakan rambut.   

Cara menggunakan minyak kelapa untuk rambut gugur, adalah dengan melumur minyak kelapa ke rambut hingga mengenai seluruh kulit kepala. Urut kulit kepala selama beberapa minit dan bilas.  

2. Rawatan Rambut Gugur Menggunakan Minyak Zaitun

Minyak zaitun ini merupaka petua turun temurun cara atasi rambut gugur lelaki mahupun wanita. Tapi sebaiknya kalau nak mengunakan minyak zaitun, carilah minyak zaitun yang asli.  

Antara manfaat minyak zaituk adalah sebagai perawat semula jadi untuk mengurangkan kerosakan rambut yang disebakan oleh penggunaan produk rambut moden seperti perapi dan pewarna rambut yang mengandungi bahan kimia.  

Campurkan 2 sudu minyak zaitun dan minyak kelapa. Sapukan kepada kulit kepala sebelum tidur. Urut kepala selama lebih kurang 10 minit dan bungkus rambut dengan shower cap. Keesokkan paginya, buka shower cap dan basuh rambut menggunakan syampu.  

3. Khasiat Daun Inai Untuk Merawat Rambut Gugur

Selain dilumatkan untuk dijadikan corak inai di jari ketika berkahwin, daun inai ini juga mempunyai khasiat untuk merawat masalah rambut dan kulit kepala.  

Masa saya kecil-kecil dahulu, selalu tengok orang-orang tua menyapu inai di rambut. Pada fikiran saya, mereka lakukan perkara tersebut hanyalah untuk menutup uban yang semakin banyak. Bila dah besar, baru saya sedar khasiat daun inai ini tinggi nilainya.  

Cara untuk menggunakan daun inai untuk merawat rambut gugut adalah dengan mengisar atau menumbuk lumat daun inai. Campurkan sedikit air untuk menjadikan ia pes.  

Ratakan pada seluruh kulit kepala. Tutup kepala dengan shower cap selama lebih kurang 3 jam. Kemudian, bilas dengan air. Ulang langkah ini 2 kali seminggu untuk dapatkan hasil yang lebih baik.  

4. Aloe Vera/Lidah Buaya Untuk Kesihatan Rambut

Daun Lidah Buaya ataupun nama saintifiknya Aloe Vera dah lama menjadi bahan utama dalam penghasilan produk-produk kesihatan rambut dan kulit di dalam pasaran.   

Ini tidak lain tidak bukan kerana khasiatnya memang dah terbukti sejak dulu lagi.  

Cara untuk menggunakan petua ini untuk petua rambut lebat adalah dengan mengambil daun lidah buaya, potong bahagian tengahnya dan ambil lendirnya. Lumur pada rambut hingga rata. Urut kulit kepala dan biarkan lima minit. Cuci rambut hingga bersih.  

5. Avocado

Buah avocado ini bukan sahaja mampu untuk membaiki kerosakan rambut. Malah ia akan membuatkan rambut menjadi berkilai, menguatkan dan membaiki tekstur rambut.  

Cara untuk menggunakan avocado ini agak renyah tapi hasilnya memang memuaskan. Lumatkan isi buah avocado bersama pisang.   

Lumurkan ke ulit kepala dan urut rata. Biarkan ia mengering lebih kurang setengah jam. Kemudian bilas dan cuci rambut dengan syampu.   

Selepas rambut kering, anda akan perasan rambut anda akan jadi lebih tebal dan lebih beralun. 

 

6. Air Garam Atasi Keguguran Rambut

Antara petua yang dikatakan berkesan untuk mengatasi rambut gugur adalah dengan menggunakan air garam. Bagaimana dengan petua rambut gugur guna garam berkesan?  

Air garam akan menyebabkan liang di kulit kepala tertutup rapat. Ini akan menghalang rambut daripada gugur. Caranya, selepas bershampoo, lumur air garam pada permukaan kulit kepala.  

Urut kepala supaya air garam meresap ke dalam kulit kepala. Kemudian, bilas kepala dengan air. Ulang cara ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.  

7. Jus Bawang Besar Galakkan Pertumbuhan Rambut

Hmm, bunyinya agak pelik tapi ada kajian klinikal yang telah membuktikan jus bawang besar mampu merawat keguguran rambut.   

Bawang besar mempunyai kandungan sulfur yang mampu untuk memperbaiki peredaran darah di kulit kepala.    Selain itu, ia juga mampu untuk merangsang akar rambut bagi menggalakan lebih banyak anak rambut tumbuh.

Cara untuk menggunakan jus bawang adalah dengan melumurkan jus ini di seluruh kulit kepala serta rambut. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan syampu dan air.   

Kalau anda rasa anda tak tahan dengan bau bawang besar, boleh juga campurkan dengan pati wangi seperti pati lavender, lemon ataupun peppermint.  

8. Santan Bantu Atasi Masalah Kesihatan Rambut

Petua ini dikatakan telah menjadi amalan sejak dahulu lagi. Cara ini mampu untuk membantu mengatasi rambut gugur serta menumbuhkan rambut.   

Caranya ambil lebih kurang 250g hingga 300g santan dan lumurkan rata pada permukaan kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala suam. Biarkan dalam 15 hingga 20 minit.   

Kemudian bilas dengan air sejuk. Ulang 3 kali seminggu secara konsisten untuk mendapatkan hasil rambut yang lebih lembut dan bersinar.  

Banyak rupanya petua semula jadi yang kita boleh lakukan untuk mengatasi masalah keguguran rambut. Petua-petua di atas juga boleh dijadikan cara kurangkan rambut gugur selepas bersalin atau ketika stress menjalani rutin harian suri rumah.   

Kalau yang muda remaja nak buat petua-petua di atas pun boleh. Walaupun tak ada masalah keguguran rambut, boleh sahaja diamalkan.   

Orang kata mencegah lebih baik dari merawat kan. Oleh itu, lakukan petua di atas sebagai rutin harian anda.    

Rawatan Keguguran Rambut

Tapi jika masalah rambut gugur anda sangat kronik dan petua-petua di atas tidak membantu langsung, anda perlu mengambil langkah seterusnya dengan berjumpa doktor.   

Mungkin ada beberapa jenis ubat atau kaedah yang mungkin akan disarankan oleh doktor contohnya seperti:

  • Ubat-ubatan
  • Makanan tambahan dan supplemen
  • Pembedahan pemindahan rambut
  • Terapi laser
  • Suntikan steroid
  • Pengurangan kulit kepala
  • Flap kulit kepala

Sumber: Doctoroncall, JiwaSihat  

Namun begitu, rawatan-rawatan seperti di atas dibimbangi mempunyai kesan sampingan yang agak serius. Kesan sampingan ini bergantung kepada tahap penerimaan setiap individu.  

Bagi saya, cukuplah sekadar kita menggunakan petua-petua semula jadi untuk mengatasi masalah kesihatan rambut. Atau boleh juga mengamalkan cara-cara pencegahan sebelum terjadinya masalah ini.  

petua rambut gugur

Cara Mencegah Keguguran Rambut Dari Awal

Antara cara-cara yang boleh dilakukan untuk mencegah masalah keguguran dari awal adalah:

  1. Sikat rambut dengan lembut menggunakan sikat bergigi jarang.
  2. Basuh rambut dengan lembut.
  3. Jangan ikat rambut terlalu ketat
  4. Jauhkan daripada mengambil ubat atau makanan tambahan yang boleh mengugurkan rambut.
  5. Jangan tarik atau pintal rambut.
  6. Jangan merokok.
  7. Pakai cooling cap jika anda sedang menjalani rawatan kemoterapi untuk kurangkan keguguran rambut.
  8. Jaga pemakanan yang seimbang.
  9. Elakkan rawatan rambut seperti penggunaan hot rollers, hair straighteners atau iron curling.

Amalkan Petua Rambut Gugur Untuk Rambut Yang Lebih Sihat

Masalah rambut gugur yang dihadapi kebanyakan wanita mahupun lelaki boleh menghilangkan keyakinan diri sendiri.   

Boleh dikatakan rambut merupakan aset penting kepada semua terutamanya kaum wanita. Oleh itu, penting untuk kita menjaga kesihatan kulit kepala serta rambut dengan baik.  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *