resepi guna roti

10 Koleksi Resepi Mudah Berasaskan Roti

Sarapan pagi adalah waktu makan yang paling penting untuk kita. Kalau tak cukup makan pagi yang berkhasiat, hari itu mesti rasa tak bersemangat. Nak menyediakan menu breakfast memang mencabar. Lebih-lebih lagi apabila suami dan anak-anak kejar masa untuk ke pergi kerja dan sekolah. Kalau nak mudah dan cepat, buat sahaja resepi guna roti putih.

Jadi saya kongsikan di sini beberapa resepi sarapan pagi yang mudah tapi mengenyangkan berasaskan roti. Resepi-resepi ini sesuai untuk menu sarapan pagi yang sihat untuk anak serta suami.

Saya akan cuba senaraikan sebanyak mungkin resepi guna roti putih dalam artikel ini. Jika ada resepi terbaru, saya akan kemas kini juga dari semasa ke semasa. Selamat memasak!

resepi guna roti putih

1. Roti John

Bahan-bahan:

  • Roti putih (boleh guna roti jenama apa pun contohnya roti Gardenia)
  • 5 biji telur 
  • Garam
  • Lada putih
  • Daging cincang
  • Sos pilihan  

Cara-cara:

  1. 5 biji telur dikocak rata. Perasakan dengan garam dan lada putih.
  2. Masukkan daging cincang. Boleh ganti hotdog, filet ketam atau daging burger. Pastikan cincang sebelum masukkan ke dalam bancuhan telur.
  3. Panaskan minyak dalam pan. Masukkan bancuhan telur dan masak seperti telur dadar.
  4. Letak roti atas telur. Goreng hingga telur garing.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan. Boleh letak sos cili, mayonis atau sos lada hitam.

Resepi Roti Pizza

2. Roti Pizza

Bahan-bahan:

  • Roti
  • Tomato puri
  • Kepingan cheese
  • Mozzarella cheese
  • Kepingan sosej
  • Ayam dipotong dadu
  • Cendawan butang
  • Lada benggala 

Cara-cara:

  1. Susun roti di dalam loyang. Renjiskan dengan air supaya roti kekal lembut selepas dibakar nanti. 
  2. Sapukan tomato puri pada roti tersebut.
  3. Letakkan kepingan cheddar cheese ke atas roti yang telah disapu tomato puri tadi.
  4. Letakkan kepingan sosej, cendawan butang, lada benggala, kepingan ayam dadu atau apa sahaja ikut selera masing-masing (tapi pastikan bahan mentah seperti sosej atau ayam di rebus separuh dahulu sebelum di taburkan ke atas roti tadi).
  5. Taburkan mozarela cheese6. Bakar pizza tersebut di dalam oven lebih kurang 15 minit..7. Hias dan potong pizza yang telah siap dibakar tadi.

Resepi Lasagna Roti

3. Lasagna Roti

Bahan-bahan:

  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 daging cincang
  • 1 genggam mixed vegie
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Garam
  • Lada putih
  • Roti
  • Telur
  • Susu
  • Mozarella cheese 

Cara-cara:

  1. Masak inti dulu. Tumis bawang, masukkan daging biar sampai empuk.
  2. Masukkan sos cili, tomato,salt, pepper dan mixed vegie. Masak sampai kering sikit. Rasa masin manis inti tu.
  3. Siapkan bahan roti. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
  4. Celupkan roti dalam telur dan susu, kemudian letak inti yang sudah masak dan tabur mozarella cheese sebanyak 2 lapisan.
  5. Bakar suhu 180c sampai garing sedikit.6. Angkat dan siap dihidang.

Resepi Jejari Roti
Kredit gambar: Nina Mirza 

4. Mudah Jejari Roti

Bahan-bahan:

  • 24 keping tepi roti (gunting dari 6 keping roti)
  • 1 biji telur2 sudu besar susu segar
  • Sedikit garam
  • Gula halus secukupnya
  • Mentega / margerin untuk menggoreng 

Cara-cara:

  1. Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk. Pukul telur biar sebati.
  2. Panaskan 2 sudu besar mentega. 
  3. Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sehingga perang.
  4. Teruskan sampai habis. Jika mentega kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya.
  5. Bila dah siap, taburkan gula halus ke atas roti. Sedap dimakan semasa panas-panas. 

Resepi Sosej Gulung

5. Roti Sosej Gulung

Bahan-bahan:

  • Sosej 
  • Roti 
  • Marjerin
  • Telur 2 biji
  • Bread crumb @ serbuk roti
  • Garam
  • Minyak masak 

Cara-cara:

  1. Rebus sosej sehingga agak lembut. Toskan kemudiannya.
  2. Sapukan marjerin atau mentega di atas roti. 
  3. Kemudian gulungkan sosej dengan roti dan kepal-kepalkan agar sosej tidak tergolek keluar dari dalam roti.
  4. Pecahkan telur 2 biji dan taruh sedikit garam. Kacau. Kemudian salutkan roti tadi dengan telur dan seterusnya dengan bread crumb. 
  5. Dan goreng dalam minyak panas.6. Angkat dan sedia dihidang.

Untuk lebih sihat, boleh saja anda buat resepi guna roti wholemeal. Mesti anda tertanya-tanya kenapa roti wholemeal lebih sihat dari roti putih? Roti wholemeal secara umumnya mengandungi lebih banyak nutrient dan menjadi sumber karbohidrat penuh.


Resepi Sosej Gulung Cheese
Kredit Gambar: iResepi 

6. Roti Sosej Gulung Cheese

Bahan-bahan:

  • Sosej 
  • Roti 
  • Marjerin
  • Kepingan cheese
  • Telur 2 biji
  • Bread crumb @ serbuk roti
  • Garam
  • Minyak masak 

Cara-cara:

  1. Rebus sosej sehingga agak lembut. Toskan kemudiannya.
  2. Sapukan marjerin atau mentega di atas roti. 
  3. Letakkan cheese. Kemudian gulungkan sosej dengan roti dan kepal-kepalkan agar sosej tidak tergolek keluar dari dalam roti.
  4. Pecahkan telur 2 biji dan taruh sedikit garam. Kacau. Kemudian salutkan roti tadi dengan telur dan seterusnya dengan bread crumb. 
  5. Dan goreng dalam minyak panas.6. Angkat dan sedia dihidang.

Sandwich Tuna
Kredit gambar: iResepi 

7. Resepi Sandwich Tuna

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus roti sandwich
  • Majerin secukupnya
  • 1 tin tuna in olive oil
  • 1/2 biji bawang besar
  • 4-5 biji cili padi merah
  • 4 sudu besar mayonis
  • Secubit serbuk lada hitam
  • Sedikit perahan lemon atau limau nipis
  • Hirisan timun
  • Hirisan tomato
  • Daun salad 

Cara-cara:

  1. Potong bahagian tepi kulit roti dengan kemas. Sapu sekata permukaan roti dengan majerin.
  2. Hiris nipis bawang besar dan cili padi kepada kepingan kecil.
  3. Masukkan tuna di dalam mangkuk bersama dengan bawang besar, cili padi, mayonis, serbuk lada hitam dan jus perahan lemon. Buang sedikit minyak olive. Perasakan dengan garam mengikut citarasa anda (jika suka).
  4. Gunakan garfu untuk kacau campuran tuna dan tekan-tekan garfu supaya ketulan tuna menjadi kecil dan sebati.
  5. Sudukan tuna dan sapu rata di atas roti. Letak bahan sayur seperti timun, tomato dan daun salad kemudian potong sandwich kepada 2 atau 4 bahagian.
  6. Siap dan sedia dihidang.

Resepi Sandwich Telur
Kredit gambar: Resepi Chenom

8. Sandwich Telur

Bahan-Bahan:

  • 4 biji telur, direbus
  • 8 keping roti sandwich
  • Sedikit mentega atau margerin (planta) untuk disapu pada roti
  • 1 sudu besar mentega atau margerin, untuk inti telur
  • 2-3 sudu besar mayonis
  • 1/2 sudu kecil lada hitam kisar
  • 1/4 sudu kecil garam
  • Daun salad
  • Tomato 

Cara-cara:

  1. Potong bahagian tepi kerak roti di keempat-empat bahagian.
  2. Buang kulit telur dan hancurkan telur menggunakan garfu, tetapi jangan terlalu hancur. Biar ada sedikit ketulan kasat untuk tekstur.
  3. Masukkan mentega, lada hitam, mayonis dan garam. Kacau sebati.
  4. Sapu roti dengan sedikit mentega dan letakkan inti telur, salad dan tomato sekata di antara 2 keping roti. Potong sandwich kepada dua atau empat bahagian mengikut kesukaan anda dan sedia untuk dihidang.
  5. Siap dan sedia dihidang.  

Resepi French Toast

9. French Toast

Bahan-Bahan:

  • 5 keping roti
  •  2 biji telur
  • 2 sudu besar susu full cream
  • Butter secukupnya
  • 1/4 sudu kecil garam 

Cara-cara:

  1. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan susu dan garam. Kacau sebati.
  2. Panaskan kuali leper, lebih baik jika gunakan kuali non stick. 
  3. Masukkan 1 sudu kecil butter.
  4. Celup kedua belah bahagian roti di dalam adunan telur. Apabila bahagian bawah masak, cepat terbalikkan.
  5. Masak sehingga garing keperangan.6. Angkat dan sedia dihidang.

Resepi French Toast Cheese

10. French Toast Cheese

Bahan-Bahan:

  • 5 keping roti 
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar susu full cream
  • Cheese
  • Butter secukupnya
  • 1/4 sudu kecil garam 

Cara-cara:

  1. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan susu dan garam. Kacau sebati.
  2. Panaskan kuali leper, lebih baik jika gunakan kuali non stick. 
  3. Masukkan 1 sudu kecil butter.
  4. Lapiskan roti dan cheese dan roti. Celup kesemuanya di dalam adunan telur. Apabila bahagian bawah masak, cepat terbalikkan.
  5. Masak sehingga garing keperangan.
  6. Angkat dan sedia dihidang. 

Tak ada idea nak masak tengah hari? Cuba resepi ayam sedap yang kami telah senaraikan ini.

Sekarang dah tak perlu pening-pening nak fikir masak apa sarapan besok. Dah ada idea nak masak apa kan? Pagi anda lebih mudah dengan resepi guna roti putih ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *