rujukan suri rumah buat duit

Rujukan


Di sini, anda boleh mendapatkan pelbagai rujukan untuk menjana pendapatan sebagai seorang suri rumah. Sudah ramai suri rumah buat duit bermula dengan ebook-ebook serta kelas-kelas yang disenaraikan di bawah.

Suri Rumah Buat Duit Dengan Bisnes Makanan

Jika anda mempunyai minat dalam memasak dan mahir di dapur, ebook-ebook ini amat berguna untuk buat side income untuk suri rumah. Setiap ebook ini menerangkan step-by-step cara untuk menjana pendapatan dengan menjual makanan serta minuman.

Ebook yang menerangkan cara suri rumah buat duit dengan menjual makanan delivery

PANDUAN MEMULAKAN BISNES MAKAN SECARA DELIVERY

Makanan adalah penting dalam hidup manusia. Jadi, permintaan terhadap makanan tidak akan pernah hilang malah semakin tinggi jika anda pandai memilih makanan untuk dijual.

RAHSIA JANA RM7K SEBULAN DENGAN JUS BUAH-BUAHAN

Bagaimana nak mulakan bisnes jual air? Berapa modal yang diperlukan? Barang apa yang kena disediakan? Air apa yang laku untuk dijual? Semuanya anda akan belajar melalui ebook ini.

PANDUAN MEMULAKAN BISNES BAKERI DARI RUMAH

Suri rumah buat duit dengan menjual roti dan kek? Mudah dan menyeronokkan. Tambahan pula, roti dan kek sebenarnya mudah untuk dibuat. Jana pendapatan anda dengan menjual roti dan kek.

PANDUAN JANA 5 ANGKA SEBULAN DENGAN BISNES BURGER

Burger boleh dikatakan sebagai ‘comfort food’ untuk orang Malaysia. Ianya mudah dimakan, cepat disediakan dan harganya berpatutan. Belajar cara untuk menjual burger dari A-Z.

PANDUAN JANA RM5K SEBULAN DENGAN BISNES AISKRIM

Bukan kanak-kanak saja yang sukakan ais krim, malah orang dewasa pun tidak jemu untuk menikmati kesedapan pencuci mulut ini. Dapatkan langkah demi langkah untuk menjana pendapatan dengan menjual ais krim.


Ebook Content Writing Dan Copywriting

Berikut pula adalah beberapa idea kerja dari rumah yang anda boleh lakukan tanpa meninggalkan rumah. Semuanya boleh dilakukan dari rumah saja.

PANDUAN MENULIS COPYWRITING POWER UNTUK BISNES ANDA!

Anda ada buat bisnes? Apa pentingnya copywriting untuk bisnes anda? Belajar cara dan formula terbaik untuk menulis copywriting yang power. Anda mungkin boleh tawarkan servis menulis copywriting untuk orang lain juga.

PANDUAN BUAT DUIT SEBAGAI PENULIS GHOSTWRITER!

Anda suka dan mahir menulis? Inilah masanya untuk anda menggunakan skill menulis untuk menjadi ghostwriter. Ramai suri rumah yang berjaya menjadi ghostwriter di Malaysia dan luar negara.

PANDUAN ASAS MELETAKKAN CAJ SERVIS MENULIS SEHINGGA 5 ANGKA

Tak pasti nak letakkan harga servis penulisan anda? Dalam ebook ini, anda akan didedahkan dengan cara meletakkan harga untuk servis penulisan anda serta contoh-contoh harga yang berbaloi dengna usaha anda.

KELAS ONLINE GHOSTWRITER JUNIOR

Kelas asas yang paling mudah untuk diikuti walaupun anda langsung tiada pengalaman dalam menulis artikel. Anda bukan saja boleh menulis untuk orang lain malah bina blog suri rumah berjaya anda sendiri dengan skill ini.

BECOME A FREELANCE WRITER IN 60 DAYS (ENGLISH)

Gunakan kemahiran menulis yang anda ada untuk menjadi seorang freelance writer. Belajar selok-belok terkini untuk menjadi penulis bebas yang berjaya.

SEO SUCCESS FOR BEGINNERS (ENGLISH)

Mencari clinet atau menulis untuk orang lain mungkin agak mencabar untuk anda yang baru bermula. Apa kata buat blog anda sendiri dan asah bakat menulis dari situ. Kemudian, buat duit dari blog.


EBook Untuk Suri Rumah Buat Duit Melalui Bisnes

Masih tercari-cari cara jana side income? Bukan mudah untuk suri rumah buat duit dari rumah sambil menjaga anak-anak dan membuat kerja rumah. Tak dinafikan jadual rutin harian suri rumah memang padat. Tapi, jika anda mahu dan ada semangat yang tinggi, tidak ada yang boleh menghalang anda untuk berjaya.

Berikut adalah beberapa ebook yang anda boleh rujuk untuk memulakan bisnes walaupun tanpa pengalaman.

PANDUAN MEMULAKAN BISNES TUDUNG TANPA PREMIS

Permintaan terhadap pelbagai jenis tudung tidak akan pernah putus. Malah semakin bertambah setiap hari. Ambil kesempatan ini untuk jual tudung secara online.

PANDUAN MEMULAKAN BISNES HOME TUITION

Ramai suri rumah sepenuh masa yang berpelajaran tinggi. Apa kata gunakan ilmu yang anda ada untuk menjadi cikgu home tuition?

JIka anda tercari-cari cara suri rumah buat duit, ini adalah rujukan dan sumber terbaik yang boleh digunakan untuk bermula.

Semoga anda berjaya.