Senarai barang dapur

Senarai Barang Keperluan Dapur Dan Tip Shopping Barang Dapur

Kebiasaanya, untuk beli barang rumah, saya yang akan sediakan senarai barang dapur apa yang perlu dibeli. Suami hanya keluarkan duit untuk membayar sahaja.

Disebabkan itu jugalah saya rasa tanggungjawab menyenaraikan barang yang hendak dibeli itu sebenarnya agak berat. Sebab kadang-kadang kita senaraikan ikut kehendak bukan keperluan.

barang keperluan dapur dalam raga

Senarai Barang Keperluan Dapur 

Saya tahu betapa susahnya suami saya bekerja untuk mendapatkan duit demi memberi kesenangan kepada kami keluarga. Oleh itu, waktu nak shopping barang dapur, saya akan senaraikan apa yang perlu sahaja.  

Di sini saya nak kongsikan senarai barang dapur dan barang keperluan rumah yang saya selalu gunakan. Barang-barang yang disenaraikan adalah barang asas masak, barang keperluan rumah dan barang personal care.

Antara barang-barang keperluan untuk memasak termasuklah bahan-bahan mentah, bahan-bahan kering, sayur-sayuran, rempah-ratus, makanan kudap-kudapan, buah-buahan, sos dan bahan perasa serta makanan sejuk beku.  

Bahan Mentah, Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan

Antara bahan mentah yang dimaksudkan di sini adalah seperti ayam dan daging. Sayur-sayuran dan buah-buahan pula boleh beli yang sama saja setiap kali berbelanja. Tapi kalau sekali sekala nak tukar selera, apa salahnya.

Bahan MentahSayur-sayuranBuah-buahan
AyamBawang merahEpal
DagingCili keringOren
IkanBawang hollandTembikai
SotongLobakPisang
UdangBawang putihTembikai susu
Ikan bilisBrokoliKurma
Daging burgerKobisLimau kasturi
SosejSawi
Bayam
Kentang
Kunyit
Cili besar
Cili hijau
Cili merah
Halia
Serai
Daun sup
Daun bawang
Daun pandan

Bahan Kering, Snek Dan Bahan Masak

Dekat bawah ini pula senarai keperluan dapur untuk bahan kering, bahan masak dan snek. Bila senaraikan semuanya, bahan unutk memasak seperti rempah ratus dan sos memang banyak digunakan. Lebih-lebih lagi untuk masakan Malaysia yang penuh dengan pelbagai rasa.

Untuk snek pula, barang-barangnya tak penting pun. Tapi orang cakap, ‘nice to have’. Tak wajib ada. Tapi kalau ada, bagus juga.

Bahan KeringSnekBahan Masak
BerasBiskutGaram
BihunCookies Gula
PastaAir krimLada sulah
Mi kuningRoti canai frozenLada hitam
Mee segeraNuggetSos cili
KopiFriesSos tomato
TehSusuSos tiram
ButterRoti putihSos ikan
Soda bikarbonatWrapSos lada hitam
Tepung gandumSusu kotak Kicap manis
Tepung jagungMaduKicap cair
Tepung pulutMayonis
Gula melakaPerencah/MSG
Gula kastorStok/kuib ayam
Gula perangMinyak masak
Serbuk coklatMinyak zaitun
Esen vanilaSerbuk kunyit
Pewarna makananSerbuk cili
Baking powderSerbuk kari
Susu pekatSerbuk kerutup
Susu cairSerbuk kurma
Sos spagetiBelacan
Santan
Asam keping
Asam jawa
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kayu manis
Buah pelaga
Kerisik
Perencah rendang
Perencah tomyam

Barang Laundry dan Personal Care

Antara barang-barang tambahan yang patut anda ada adalah:

Laundry/Kelengkapan DapurToiletteries/Personal Care
Plastic wrapBerus gigi
Aluminium foilUbat gigi
Tisu dapurPencuci muka
Sabun basuh pingganMoisturiser
Span basuh pingganDeodorant
Sabun basuh kainSabun mandi
Sabun pencuci lantaiShampoo
Ubat nyamukLosyen
Baby wipesSabun pencuci tangan
Gas memasakPanadol
Plastik sampahUbat batuk
Baking paperMinyak gamat
Sunscreen
Pad
Pantyliner
Lampin pakai buang (untuk yang ada anak kecil)

Ini kiranya list barang dapur yang wajib ada dan selalu saya gunakan dalam masakan saya hampir setiap hari.

Tips Jimat Shopping Barang Keperluan Dapur Dan Rumah

Seperti yang saya janjikan, saya akan berkongsi pula tips-tips jimat shopping barang keperluan dapur dan rumah.

1. Beli Barang Semasa Perut Kenyang

Sebelum kita pergi ke kedai untuk membeli barang, pastikan perut kita sudah kenyang. Kalau kita membeli dalam keadaan yang lapar, kita akan terbeli banyak benda yang tidak perlu.  

Waktu lapar, kita akan rasa nak beli macam-macam. Nak beli potato chips lah, nak beli kacang lah, nak beli air bikarbonat lah. Walaupun semua barang itu tidak ada dalam senarai.  

tulis senarai barang dapur

2. Sediakan Senarai Barang Untuk Dibeli

Tulis senarai barang yang kita nak beli sama ada di atas kertas ataupun di notepad dalam smartphone kita. Walaupun kita selalu fikir kita boleh ingat tanpa perlu menulisnya, sebenarnya kita salah.  

Kalau kita tak tulis, mesti akan ada benda yang akan tercicir. Bila ada barang tercicir, kita terpaksa berulang-alik ke kedai lagi. Bila dah pergi kedai banyak kali, kemungkinan untuk kita beli barang lain sekali sangat tinggi walaupun barang itu tidak penting.   

Kita akan fikir, eh alang-alang dah pergi kedai, beli lah sikit barang yang lain. Kalau beli satu barang saja, membazir masa pula. Ada tak pengalaman ini? Hehe.    

3. Pilih Kedai Atau Supermarket Yang Lebih Murah

Terdapat banyak pilihan supermarket di Malaysia. Antaranya:

Satu trik yang kami ingin kongsikan. Apabila berbelanja, tengok supermarket atau kedai mana yang lebih murah. Lihat juga supermarket mana yang selalu buat potongan harga yang berbaloi untuk kita berbelanja.

4. Beli Barang Dapur Mengikut Menu Masakan Yang Telah Dibuat

Untuk mengelakkan kita terbeli barang yang tidak perlu atau beli dalam kuantiti yang berlebihan, saya cadangkan kita buat menu jimat sebulan.   

Senaraikan menu makanan yang kita nak masak dalam masa sebulan. Senaraikan juga bahan-bahan yang diperlukan untuk masak menu tersebut.   

Bila dah tahu bahan apa yang nak digunakan untuk memasak, baru kita buat senarai barang dapur untuk dibeli. Beli apa yang perlu saja. Jauh lebih jimat kalau kita agak-agak saja bahan yang hendak dibeli.   

suami dan isteri sedang membeli barang dapur

5. Biasakan Beli Barang Yang Sama Setiap Masa

Kalau kita buat senarai barang-barang keperluan dapur yang kita selalu gunakan di rumah, kita boleh kenalpasti barang apa yang kita perlu dan barang apa yang tak perlu.  

Untuk barang yang tak perlu, tak payah beli langsung. Contohnya anda tak selalu baking di rumah. Jadi tak perlu beli tepung naik sendiri, yis, manik urai ataupun bahan-bahan baking yang lain.  

Beli barang yang kita selalu pakai saja. Dengan ini, kita dah boleh agak banyak mana bahan yang perlu kita beli dan berapa ringgit yang kita perlu keluarkan untuk barang-barang tersebut.   

6. Beli Stok Barang Dapur Untuk Sebulan

Kebiasaanya saya pergi membeli barang 2 kali sebulan. Itu pun sebab bahan mentah tak tahan lama. Barang-barang basah saya beli selalunya tahan selama 2 minggu saja.  

Bagi bahan-bahan kering, saya akan beli sekali saja dalam sebulan. Untuk barang-barang kering, saya akan beli in bulk. Maknanya saya akan beli banyak terus. Lebih jimat.   

Jika anda bercadang untuk memulakan bisnes delivery makanan dari rumah pula, cara dan kuantiti barang dapur yang perlu dibeli berbeza. Tak sama dengan senarai barang yang perlu dibeli untuk kegunaan satu keluarga.

Apa Senarai Barang Dapur Anda Pula?

Ini adalah cara saya beli barang rumah dan cara saya jimat belanja barang dapur sebulan. Cara anda macam mana pula?  

3 thoughts on “Senarai Barang Keperluan Dapur Dan Tip Shopping Barang Dapur”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *